Kuek Ser Kuang Keng
Berikutan aduan DAP, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap video YouTube yang menuduh DAP bersekongkol merancang kenaikan harga.
Zairil Khir Johari (kiri), setiausaha politik kepada setiausaha
agung DAP, Lim Guan Eng, yang membuat aduan tersebut pada 10 Ogos lalu, dipanggil suruhanjaya itu untuk memberi keterangan hari ini di Kuala Lumpur.
"Pegawainya bertanya sama ada saya mempunyai sebarang idea siapa di belakang video tersebut. Saya kata mungkin ia dilakukan oleh musuh politik DAP yang mempunyai keupayaan kewangan yang besar kerana video itu dibuat secara profesional dengan pelakon profesional, "katanya ketika dihubungi.
Menurut Zairil, pegawai SKMM juga bersetuju bahawa video yang bertajuk 'Sembang Rakyat - Kedai 1Malaysia' itu berkualiti tinggi dan membabitkan bajet besar, dan bukan dihasilkan oleh amatur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan