Menjelang pengumuman penting Perdana Menteri mengenai beberapa perubahan penting malam ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat mencadangkan Datuk Seri Najib Razak mencontohi jejak mereka jika beliau benar-benar serius.
Sivarasa berkata pembaharuan bermakna adalah memansuhkan terus undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negara, Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya.
Jika setakat pindaan, pembaharuan itu tidak bermakna dan tidak dapat diterima, kata Sivarasa.
Mengenai pembahruan undang-undang berhubung media, katanya, perdana menteri sepatutnya memansuhkan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi kerana undang-undang berkenaan menyekat kebebasan media.
Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad yang juga hadir pada sidang akhbar itu melahirkan rasa kekecewaan Pakatan Rakyat dengan prestasi Najib selaku menteri kewangan setakat ini.
Katanya, perdana sepatutnya menyerahkan portfolio kementerian kewangan yang dipegangnya kepada orang lain kerana kegagalan rancangan transformasi ekonominya sejak 3 tahun lalu.
Menurut beliau, Pakatan akan membentangkan Bajet Alternatif mereka pada 4 Oktober, tiga hari selepas Najib mengemukakan belanjawannya di parlimen.
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan diketuai oleh Dzulkefly dan antara ahlinya termasuk ahli parlimen Bukit Bendera dari DAP Liew Chin Tong, ahli parlimen Subang dari PKR R Sivarasa dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan