Hafiz Yatim
Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi berkata, pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman (JC) ke mahkamah yang lebih tinggi melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sekarang lebih telus daripada sebelumnya kerana ia kini dibuat melalui undi sulit.
Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.
"Dalam JAC, ada cadangan saya (untuk pelantikan) hakim-hakim yang ditolak," tegasnya.
Menurutnya, JAC lebih cerewet dan semuanya dilakukan melalui undi rahsia dan tidak ada nombor siri, "dan dengan itu, anda tidak tahu siapa (undi siapa)".
Oleh itu, tegas Zaki, beliau berpendapat bahawa pelantikan hakim-hakim dan JC dan kenaikan pangkat adalah lebih telus.
Beliau juga mendedahkan bahawa lebih ramai dari sektor swasta - 'enam atau tujuh orang' - telah menyertai badan kehakiman berbanding dengan sebelumnya.
JAC dianggotai oleh bekas ketua hakim negara, bekas hakim kanan dan bekas peguam negara sebagai pesuruhjayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan