Isnin, 26 September 2011

Parti KITA Bergolak - Pemimpin desak Zaid Letak Jawatan.

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR - Rata-rata Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mencadangkan agar masalah organisasi dan kepimpinan yang sedang bergolak diselesaikan terlebih dahulu sebelum melaksanakan Sessi Jelajah Parti KITA di seluruh Negara.

Ini kerana ianya tidak memberi kesan Positif selagi masalah dalaman parti tidak diselesaikan.

Selain itu, mereka juga mendesak Pemimpin No. 1 Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti jika mendakwa pendekatan parti ini selaras dan menyokong dasar Barisan Nasional.

AJK Eksekutif Pusat Parti KITA Mohd Zahrein Zakariah menjelaskan adalah tidak releven bagi Zaid Ibrahim bertindak membuat kenyataan sedemikian tanpa merujuk atau mengadakan sebarang perbincangan bersama barisan Kepimpinan Tertinggi mengenai hal berkenaan.

Beliau turut membidas Zaid agar tidak bertindak sesuka hati seolah-olah parti ini merupakan hak milik beliau. Tindakan Zaid telah menyebabkan ramai di kalangan Anggota Pimpinan kecewa dan menganggap ianya bukan dasar parti.

Zahrein berkata adalah tidak wajar sebuah parti Pembangkang bertindak menyokong parti Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zaid sebelum ini pernah bergiat aktif di dalam UMNO dan merupakan anggota Kabinet di bawah kepimpinan Pak Lah sebelum meletak jawatan. Zaid juga telah dipecat dari UMNO kerana bertindak melanggar Parti dan menyokong PKR di bawah kepimpinan Anwar.

Zaid kemudiannya menyertai PKR dan pernah dicalonkan mewakili parti ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang lalu.

Tindakan Zaid keluar dari PKR disebabkan tidak berpuas hati dengan Pemilihan Parti yang yang dakwa beliau tidak telus.


Tiada ulasan: