Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama dibuat pada Rabu ini.
Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.
"Isu ini akan dibincangkan pada 28 September ini dan kami bertiga (yang) menguruskan pentadbiran (parti) memutuskan bermula daripada sekarang sehingga tarikh itu, seharusnya tidak ada lagi sebarang kenyataan dibuat oleh pimpinan ketiga-tiga parti," kata Mustafa.
Mustafa berkata, hudud antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan lusa ini selain isu bajet yang akan dibentangkan perdana menteri 7 Oktober ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak dapat hadir kerana berada di luar negara pada masa ini.
Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Mustafa juga mendakwa isu hudud ditimbulkan Umno dan BN sebagai strategi mencari jalan supaya parti gabungan Pakatan berselisih faham.
"Kita tidak boleh ikut agenda dia (BN). Kita ada agenda kita. Jadi tidak berbangkit bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah. Tidak berbangkit sama sekali," katanya.
Surat Mahathir
Sementara itu, Saifuddin bersetuju dengan kenyataan Mustafa bahawa isu tersebut bertujuan memporak peranda dan menimbulkan syak wasangka sesama gabungan Pakatan.
"Kalau itu niat Umno dan BN, hajat mereka tidak kan kesampaian. Kerjasama kita jauh lebih utuh dan mantap... (Ia akan) dibincangkan dengan telus, terbuka dan bertanggungjawab.
"Asas kerjasama kita mendahulukan kepentingan rakyat dan pada masa yang sama ada ruang menghormati perbezaan pendapat," katanya.
Mustafa dan Saifuddin sepakat berpendapat cadangan enakmen untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan pada 1993 terhenti akibat surat yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Manakala Anthony pula menegaskan Pakatan akan berusaha mencari formula untuk menyelesaikan isu tersebut walaupun ia "bukan satu isu yang baru".
Katanya, Pakatan komited dengan perjuangan rakyat dan mendakwa hasrat Umno dan BN untuk memecah belahkan gabungan itu tidak akan tercapai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan