THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) di tujuh empangan dan beberapa sungai utama mendapati kedudukan paras air bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.
Dalam satu kenyataan, Luas berkata sumber air di Selangor masih mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan tadahan air.
“Secara purata, paras air di empangan tahun ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya dipetik Bernama Online.
Ia menyifatkan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor bahawa rizab air semakin menyusut sebagai tidak profesional kerana ia memberi gambaran salah tentang kebolehdapatan sumber air di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan