Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap beranggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu diberikan pertimbangan untuk diubah melainkan ianya perlu dimansuhkan terus kerana sudah tidak relevan lagi masa kini. Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menyambut baik hasrat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan beberapa pindaan terhadap undang-undang keselamatan negara bagi menjamin kebebasan bersuara yang lebih meluas yang antara lain membabitkan pindaan membataskan kuasa menteri dalam negeri dan mengurangkan tempoh penahanan awal di bawah ISA. Tambahnya, akta-akta yang memerlukan pindaan seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku dan Akta Pilihan raya perlulah disegerakan supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keadilan sistem pemerintahan di dalam negara ini. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Perdana Menteri tidak beretorik dan hanya mengeluarkan kenyataan ini semata-mata untuk membeli ‘jiwa’ rakyat supaya menyokong Umno BN yang sedang ‘kelemasan’,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Sebelum ini, katanya Perdana Menteri dan Umno sendiri pun telah mempunyai sejarah dalam menipu rakyat berkenaan dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku di dalam negara. Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak mahu isu cadangan pindaan ini juga akan menjadi ‘gula-gula dan ‘penipuan baru Perdana Menteri terhadap rakyat disebabkan pilihanraya umum yang semakin hampir dan tarikh pembubaran parlimen untuk diadakan pilihanraya hanya diketahui oleh beliau sahaja. “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga pindaan yang akan dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk kebebasan bersuara yang lebih meluas akan benar-benar menepati aspirasi dan hak rakyat Malaysia walaupun kami cukup yakin dan percaya Umno BN tidak akan melakukan sebarang pindaan terhadap mana-mana akta sekiranya tidak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada agenda penerusan politik kotor mereka,” ujarnya. Tambahnya, Pemuda PAS negeri akan memberikan sokongan sekiranya pindaan yang akan dilakukan menepati kehendak dan keperluan rakyat dan akan memberikan tentangan dan penolakan sekiranya pindaan tersebut mengkhianati amanah dan kemahuan rakyat. |
Rabu, 14 September 2011
ISA: Tak perlu timbang, mansuh terus
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan