Beliau berkata parti itu juga akan melihat kelayakan serta sumbangan mereka kepada masyarakat sebelum mengemukakan nama mereka sebagai calon Barisan Nasional.
Anggota Gerakan juga diingatkan supaya tidak melakukan sebarang sabotaj terhadap calon yang dipilih kelak, tetapi bersatu padu menyokong mereka yang terpilih bagi menjamin kemenangan untuk BN, katanya dipetik Bernama Online.
“Setiap ahli parti perlu bersatu dan terus menerus turun ke padang untuk berkempen pada pilihan raya umum nanti bagi membantu calon, dan tidak sesekali membeloti parti demi kepentingan peribadi,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Selangor 2011 di sini.
Menyentuh mengenai Selangor, Koh berkata parti itu akan berusaha merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen yang kalah di tangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas iaitu DUN Teratai, Bukit Lanjan, Kota Alam Shah dan Bukit Gasing serta Parlimen Puchong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan