Jumaat, 16 September 2011

Berjimat tidak rayakan 31 Ogos lagi

maclub81@gmail.com



Tanggal 31, bulan lapan 57…Hari Merdeka sudah tidak dirayakan kerana hari ini pakar sejarah negara telah berjaya mengubah persepsi 54 tahun yang mendungukan masyarakat. Kecewa dan merana kerana sebenarnya hidup-hidup kita semua generasi baru di dalam lembaran anak merdeka telah hilang keyakinan erti kemerdekaan.

Sekali air bah, sekali juga pantai berubah. Kini bukan bah, malahan tsunami melanda sehingga ramai pejuang hari kemerdekaan terpaksa ditidakkan kerana Malaysia sebenarnya tidak merdeka. Bohong..bohong dan bohong di dalam sistem pendidikan negara kerana rupanya apa yang kita pelajari untuk berjaya di dalam peperiksaan pelajaran hanya bohong belaka.

Apa yang jelas, kita buang sahaja mata pelajaran sejarah kerana itu cerita mitos dan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Hari ini kita semakin merdeka kerana telah berjaya merungkai lembaran baru dan boleh dijadikan sejarah kerana sebenarnya sejarah di dalam buku teks semua menipu.

Penat lelah menjawab peperiksaan akhirnya skima jawapan yang ditulis hari kemerdekaan 31 Ogos 1957 adalah salah, kerana tiada jawapan yang sepatutnya dilorek untuk menjadikan jawapan itu benar. Esok, merupakan hari Jumaat 15/9/2011 kepada semua bekas penuntut peperiksaan yang menjawab soalan tahun kemerdekaan sila buat tuntutan kerana soalan peperiksaan sejarah berkenaan kemerdekaan itu soalan palsu.

Kepastian ini sebenarnya kita telah berjaya merungkai agenda baru, bahawa rakyat Malaysia sudah semakin bijak menangani penipuan. Siapa sepatutnya bertanggung jawab? Menteri pendidikan pada tahun peperiksaan yang kita lalui.

Sebelum anda mengemukakan persoalan sila ikut langkah berikut untuk menyaman semula pihak Menteri pendidikan:
1. Lihat soalan sejarah tahun anda mengambil peperiksaan
2. Pastikan ada soalan berkisar tentang sejarah kemerdekaan
3. Buat laporan polis sebelum anda memulakan langkah ke mahkamah
4. Pastikan tindakan susulan dengan berunding dengan peguam bukan peguam kerajaan
5. Minta ganti rugi kerana pemalsuan soalan peperiksaan
6. Pastikan ganti rugi itu meliputi kebajikan, prestasi dan tekanan kerana soalan sejarah palsu ciptaan kementerian pelajaran/pendidikan

Akhir kata, sila berunding dengan NGO kerana selama 54 tahun kemerdekaan rupanya Malaysia tidak pernah merdeka kerana tidak pernah dijajah kecuali mereka-mereka yang lahir dan tinggal di negeri-negeri selat iaitu Singapura (sudah terkeluar), Melaka dan Pulau Pinang.

Sesungguhnya janji Allah SWT yang benar pasti akan terlerai satu ketika nanti. Salam kejayaan untuk rakyat Malaysi - KL TODAY.COM.

Tiada ulasan: