KUALA LUMPUR - Sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992.
Angka itu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh laman web Jawatankuasa bagi Perlindungan Wartawan (CJP).
Jumlah itu termasuk korban terbaru membabitkan wartawan dari Malaysia iaitu seorang jurukamera dari stesen televisyen BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena tembakan ketika membuat liputan bantuan kemanusiaan di negara itu, semalam.
Dalam kejadian tersebut, Noramfaizul yang menaiki kenderaan pacuan empat roda sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan, maut selepas terkena tembakan curi di bahu sehingga menembusi ke paru-parunya, dalam satu serangan di ibu negara Somalia, Mogadishu.
Sementara itu, seorang lagi jurukamera dari TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, pula cedera dalam kejadian tersebut.
Noramfaizul merupakan wartawan Malaysia pertama terkorban ketika membuat liputan di luar negara. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan