KUALA LUMPUR: Keluarga adik Mohamad Johari Abu bakar, 17 -remaja yang ditembak mati oleh polis- kecewa dengan sikap hospital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menguruskan jenazah anak mereka sehingga mula berbau. "Hati saya pedih dan sayu melihat mayat anak saya begini, dia kelihatan sangat menyeksa dan kami lagi terseksa melihatnya dalam keadaan itu," Salmah Mohamed Shariff, 41 kepada Harakahdaily ketika melihat jenazah yang dibedah siasat kali kedua di PPUM.
Jenazah tersebut sebelum ini dibawa ke Hospital Serdang untuk dibuat bedah siasat kali pertama, sebelum mendapat kebenaran dari Makamah Tinggi untuk dibedah siasat kali kedua di PPUM.
Difahamkan jenazah tiba di sini jam 3 petang 25 Mei lalu dan setelah didesak barulah bedah siasat ke dua dibuat.
Layanan buruk sejak awal
Sepupu mangsa, Yusof Kandar Shah, 25, turut kesal dengan sikap dan layanan pihak hospital sejak awal jenazah ditempatkan di hospital Serdang.
"Jenazah dihantar dari hospital Serdang hanya menggunakan van jenazah biasa dan tidak bukan van jenazah yang berais.
"Pihak hospital Serdang juga tidak memaklumkan kepada kami tentang jenazah dengan cara kurang ajar", jelasnya.
Ibu mangsa juga didakwa pernah pengsan akibat terkejut dengan layanan seorang doktor apabila ditanya tentang keadaan jenazah mangsa.
Doktor itu didakwa berkata "pergilah tengok anak kamu, entah-entah sudah tinggal tulang" keapa ibu mangsa.
Sementara itu, turut hadir menunggu bedah siasat mangsa ialah peguam bela dari pihak keluarga iaitu Latheefa Koya menjelaskan tentang sikap buruk pihak PPUM.
"Jenazah tiba di sini sudah tiga hari pada hari Rabu lalu, kami mendapat perintah Makamah Tinggi Shah Alam dibenarkan menjalankan bedah siasat kedua dengan segera namun pihak PPUM dilihat seolah-olah tidak dimaklumkan pekara ini dan perlu mengesahkan hal tersebut terlebih dahulu dengan pihak makamah, polis dan hospital Serdang. "Pihak kami pada jam 2.30 (kelmarin) tidak tahan dengan karenah ini membuat keputusan bersama ahli keluarga untuk menarik balik jenazah serta membuat laporan polis berikutan dengan pekara itu. "Barulah pihak PPUM mula panik dan menjelaskan akan membuat bedah siasat segera pada jam 4 petang setelah lama mereka berbincang,"katanya. Pada masa yang sama wartawan Harakahdialy turut dipersoalkan oleh salah seorang petugas PPUM mengenai kebenaran untuk membuat liputan di tempat kejadian tetapi mendapat perlindungan daripada ahli keluarga mangsa.
Dalam kejadian 13 Mei lalu, Mohamad Johari yang disyaki terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil.
Dilaporkan sebelum ini, dia baru sahaja keluar dari hotel sebelum memasuki sebuah MPV yang diletakkan di belakang hotel tersebut.
Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan