Sabtu, 28 Mei 2011

Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang

SABAH DAILY




Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.

“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

NONEBeliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

NONE“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”. -MK



Tiada ulasan: