Ahad, 29 Mei 2011

Pakar perlembagaan tolak hujah Gaps

MALAYSIA KINI


Pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari hari menolak dakwaan kononnya perlembagaan persekutuan memperuntukkan hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak eksklusif bagi mendapatkan biasiswa.

Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu hanya berdasarkan peruntukan 'keistimewaan Melayu' sebenarnya telah menyalah tafsirkan undang-undang.

NONE"Mungkin peruntukan yang dimaksudkan oleh Gaps (Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor) adalah Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu; sesuatu lanjutan dari peruntukan dalam Perjanjian Persekutuan Malaya 1948,” kata Abdul Aziz.

Beliau yang juga seorang pensyarah undang-undang berkata perkara itu “hanya menyebut kedudukan istimewa” tanpa menghuraikannya dan tidak secara khusus menyebut mengenai hak keistimewaan itu.

Gaps hari ini meminta semua pihak supaya tidak menjadikan kemelut pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai isu perkauman. Ini kerana menurut kumpulan pendesak yang condong kepada Umno itu, perlembagaan negara menyatakan dengan jelas bahawa hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz menyangkal hujah yang dibuat itu.

"(Dalam) Perkara 153, perlembagaan tidak menyebut 'hak' seumpama itu.

"Ia hanya menyebut 'kedudukan istimewa' tanpa menghuraikannya. Dalam fasal (1) Perkara 152 malah disebut 'hak' atau kepentingan kaum-kaum yang lain,” katanya lagi.

Tiada ulasan: