Isnin, 30 Mei 2011

'Calon Melayu DAP gusarkan Umno'

MALAYSIA KINI


Tindakan DAP yang mungkin meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang semakin menggusarkan pemimpin BN, khususnya Umno yang menyifatkan tindakan itu sebagai tamak.

NONEMenurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar yang dipetik Bernama, berkata, tindakan itu dibuat berikutan beberapa negeri yang memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Dakwanya kejadian yang berlaku di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu patut dijadikan iktibar kepada mereka untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada pilihan raya umum nanti.

"Perkara itu perlu dilihat oleh rakan parti pembangkang lain khususnya PAS kerana selama ini mereka diperkudakan oleh DAP demi kepentingan politik sendiri dan untuk itu pemimpin Melayu dalam PAS perlu menyedarinya supaya jika tersilap langkah, ia akan merugikan kaum itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno di Temerloh hari ini.

Bernama
juga melaporkan Noh mendakwa orang Melayu yang masih dalam dilema memilih parti yang boleh meneruskan perjuangan mereka.

NONEMenurutnya perjuangan DAP adalah satu kaum dan ia boleh dilihat dengan nasib Melayu yang berlaku di Pulau Pinang.

Katanya, hanya Umno sahaja mampu memperjuangkan nasib rakyat sehingga mendapat manfaat daripada pelbagai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menghuraikan cara Umno memperjuangkan nasib bukan Melayu.

Tiada ulasan: