Jumaat, 12 Julai 2019

RON97 naik 4 sen lagi



PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik 4 sen lagi mulai tengah malam ini, ini ialah minggu ke-3 berturut-turut bahan api itu mengalami kenaikan.

RON97 akan dinaikkan daripada RM2.53 kepada RM2.57 seliter sehingga 19 Julai ini.

Harga RON95 dan diesel pula kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya RM2.27 dan RM2.29 seliter.

Tetapi, katanya, kerajaan tidak berbuat demikian dan anggaran subsidi yang perlu ditanggung dalam tempoh seminggu akan datang berjumlah RM114.06 juta.

Tiada ulasan: