Rabu, 20 Mac 2019

Pelancong Filipina didakwa berkelakuan tidak sopan panjat kereta sambil berbogel

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seorang pelancong lelaki warga Filipina yang berbogel sambil berjalan di tengah-tengah jalan raya yang videonya tular di laman sosial baru-baru ini, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkelakuan tidak sopan dengan memanjat kereta di tempat awam dalam keadaan bogel.

Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Karim selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.

Beliau didakwa memanjat kereta Honda City dalam keadaan berbogel di Jalan Sultan Ismail, di sini pada 10.40 pagi, 13 Mac lepas.

Tiada ulasan: