Jabatan Laut Malaysia membatalkan semua operasi perjalanan
feri penumpang milik Syarikat Dragon Star Shipping Sdn Bhd bagi laluan
Pulau Langkawi, Kuala Kedah dan Kuala Perlis berkuatkuasa semalam.
"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada semakan terhadap rekod perkhidmatan syarikat serta tahap pengurusan keselamatan feri-feri penumpangnya yang tidak memuaskan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada para penumpang," katanya.
Pada 25 Feb lalu, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas selepas feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis sebelum diselamatkan oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan