Jumaat, 27 Januari 2017

Penulis buku ‘Wolf of Wall Street’ sudah cium penyelewengan 1MDB

ISMA WEB
 


BANGI – Jordan Belfort, individu di belakang tabir sehingga tercetusnya pembikinan filem blockbuster ‘Wolf of Wall Street, mengaku menyedari urusan haram yang membawa kepada satu lagi skim penipuan – skandal penyelewengan dan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wolf of Wall Street diadaptasi daripada kisah kehidupan Belfort sebagai jurujual, broker saham di New York dan kemudian dipejarakan, dilakonkan Leonardo DiCaprio. Belfort juga mendakwa mengenali ahli perniagaan Malaysia, Jho Low.

“Jika anda melihat filem ini, misalnya, ia adalah satu kejayaan besar dan ternyata kemudiannya lelaki yang membiayainya adalah penjenayah. Dan lelaki itu ialah Jho Low. DiCaprio turut diheret sama, sedangkan dia adalah lelaki yang jujur.

“Tapi, saya bertemu dengan mereka. Saya memberitahu tunang dan rakan niaga saya, Anne Koppe, lelaki itu adalah penjenayah,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal berita niaga, finews.com.

Dalam temu bual tiga siri itu Belfort bercakap panjang lebar mengenai pendidikan, mengapa dia mengundi DonaldTrump, bagaimana ketamakan Wall Street merosakkannya, bagaimana dia dapat mencium penyelewengan di sekeliling 1MDB yang didakwa membiayai Wolf of Wall Street berdasarka buku tulisannya dan bagaimana diamenjalani kehidupan sekarang.

Belfort berkata, dia pernah bertemu individu tertentu, termasuk Jho Low dalam sebuah parti bagi melancarkan filem berkenaan, walaupun ia belum diterbitkan.

“Mereka menerbangkan saya ke Cannes empat atau lima bulan selepas mereka membeli filem itu dan mereka mahumengumumkannya di Cannes. Filem itu masih belum diterbitkan dan mereka telah mengadakan majlis pelancaran.

“Mereka membelanjakan kira-kira AS$3 juta untuk parti pelancaran itu. Mereka menerbangkan Kayne West dansaya berkata kepada Anne, ini adalah satu penipuan. Sesiapa yang melakukan ini mempunyai wang yang dicuri,” katanya.

Kepada soalan mengenai apa yang berlaku kepada Red Granite – pengeluar filem yang didakwa mendapat pembiayaan 1MDB – Belfort berkata, beliau menghabiskan banyak masa dengan DiCaprio tatkala filem itu dalam proses pengeluaran.

“Mereka mahu bertemu saya untuk makan malam dan mengikut mereka ke Las Vegas bersama DiCaprio. Mereka menawarkan saya wang dan segala-galanya untuk ke Vegas. Duit yang banyak. Seperti AS$500,000. DiCaprio dan Margo Ribbie yang juga pelakon tambahan dalam filem itu pergi. Saya tidak,” katanya. – Agensi


Tiada ulasan: