Ahad, 15 Januari 2017

LAGI-LAGI CHINA, APA LAGI MAHU DISERAH SELEPAS INI?

shahbudindotcom



Kebergantungan negara di bawah pimpinan Najib Razak kepada China nampaknya seperti tidak berpenghujung.

Jika sebelum ini tanah Bandar Malaysia, keretapi laju, keretapi pantai timur, projek perumahan, kapal peronda, pelabuhan dan macam-macam lagi diserahkan secara mendadak kepada syarikat-syarikat negara China, kini cara mencegah jenayah dan menjaga sempadan pun kita mahu bergantung dengan China juga.




Sempena lawatan Zahid Hamidi ke China, dilaporkan antara yang dipersetuju ialah mahu belajar bagaimana menurunkan kadar jenayah dan memohon diajar cara mengawal sempadan daripada negara tersebut.

Kenapa dengan China dan apakah  benar-benar tiada negara lain yang punya kemampuan dan teknologi seperti itu?

Mengapa juga, hanya setelah 60 tahun memerintah negara,  kita tiba-tiba mahu belajar dan diajar mengenainya?

Selama ini, pemimpin-pemimpin yang diberi kuasa menjaga negara ini, apa kerja mereka?

Selain itu, apa lagi selepas ini yang bakal diserahkan atau mahu diletakkan pergantungan kepada China ?




Adakah segala-galanya di Malaysia ini mahu diChinakan?

Tetapi, kenapa orang Cina di negara sendiri dimusuhi oleh UMNO, BN dan kerajaan sehingga kesetiaan mereka sering dipertikaikan dan mereka dianggap salah dan dilabel melakukan tsunami Cina serta ditanya, "apa lagi Cina mahu?" jika tidak bersama dengan kerajaan? 

Seorang kawan Cina pernah berkata, jadi Cina China lagi untung daripada jadi Cina Malaysia.

Aduhhh...


Tiada ulasan: