Jumaat, 20 Januari 2017

Kaji selidik Rafizi tampak cantik untuk HARAPAN tetapi...

 
 

Kaji selidik yang dijalankan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menerusi Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) memberikan gambaran positif bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi meminggirkan realiti tertentu, menurut pengendali pungutan suara Ibrahim Suffian.

"Beliau (Rafizi) bercakap mengenai apa yang mereka (HARAPAN) perlukan untuk menang, namun bukan perkara-perkara yang tidak diperkatakan adalah status quo.

"Ia meminggirkan realiti besar bahawa HARAPAN tidak boleh menang undi Melayu untuk mengalahkan BN," Ibrahim memberitahu Malaysiakini hari ini.

Hakikat tersebut telah terpapar semasa dua pilihan raya kecil tahun lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, katanya, dan hasil kajian I-CPI mencerminkan apa yang berlaku dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Semalam, Rafizi I-CPI menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi yang meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; para pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti dalam PRU13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS.

Ibrahim yang merupakan pengarah program Merdeka Center berkata, andaian I-CPI telah meletakkan HARAPAN dalam tugasan yang berat untuk menang tanpa keterlibatan PAS.

"Terlalu banyak 'jika' perlu dipenuhi untuk mencapai matlamat.

"Dengan kekangan masa, sumber, kepimpinan yang ada, apakah termampu untuk menggerakkan sebilangan besar rakyat untuk beralih ke pihak mereka,

"Jika mereka tidak dapat berbuat demikian dengan kemungkinan untuk berlaku seperti itu agak tinggi, mengapa mereka tidak boleh kompromi dalam isu yang boleh menjurus kepada kerjasama bersama PAS?," kata beliau.

Beliau menjelaskan bahawa pengundi mempunyai hubungan politik yang telah terbina dengan parti yang dipilih mereka.

Tiada ulasan: