Ahad, 21 Disember 2014

PR Selangor komited selesai 180 projek terbengkalai, hak milik tinggalan BN

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PUCHONG: Pakatan Rakyat (PR) berusaha menyelesaikan 180 projek terbengkalai dan isu hak milik yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Selangor, pada 2008.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kajian Kerajaan Negeri mendapati antara punca utama masalah itu adalah disebabkan amalan kerajaan BN sebelum 2008 yang gemar menganugerahkan tanah kepada pihak tertentu dan memberikan kelulusan kebenaran merancang sebelum pemaju membayar premium ke atas tanah berkenaan.

“Maka, apa yang dilakukan pemaju adalah membangunkan tanah itu, selain mengutip bayaran penuh daripada pembeli dan selepas selesai mereka hilang. Kononnya, mereka bankrap dan gulung tikar,” katanya dalam Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana di Puchong Perdana, di sini, hari ini.

Projek-TerbengkalaiSelepas mengambil alih tampuk pentadbiran pada 2008, PR giat menyelesaikan isu projek terbengkalai yang menjadikan pembeli hartanah terlibat sebagai mangsa apabila terpaksa membayar pinjaman bank untuk membeli unit terbengkalai itu.

Antara projek yang berjaya diselesaikan termasuk 1,422 unit kediaman berkembar bagi projek penempatan semula di Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan melibatkan penduduk asal kawasan terbabit.

Selepas projek terbengkalai itu berjaya disiapkan PKNS, BN kemudiannya tanpa rasa bersalah cuba menggula-gulakan pembeli hartanah terbabit dengan memberikan ‘tawaran harga menarik’ dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

azminBagaimanapun, tawaran itu tidak mendapat sambutan penduduk terlibat apabila serik tertipu janji manis BN untuk menyelesaikan isu terbabit dalam beberapa pilihan raya sebelumnya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga menyelesaikan isu yang melibatkan hak milik pembeli unit kediaman, komersial dan peneroka tanah kerajaan yang berlarutan sehingga lebih 10 tahun.

Antaranya, melibatkan 128 pemilik unit premis perniagaan di Lestari Perdana dan industri ringan di Taman Subang Permai yang menerima Borang 5A masing-masing, hari ini.-NFN-

Tiada ulasan: