Sabtu, 27 Disember 2014

Menteri: Pelajar boleh duduki peperiksaan ulangan

MALAYSIAKINI


 


Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terjejas akibat banjir akan diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan ulangan, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menasihati pelajar yang tidak dapat pulang ke kampus untuk menduduki peperiksaan semester yang dijadual minggu depan agar menghubungi universiti masing-masing.

"Naib Canselor bersetuju untuk mengadakan peperiksaan ulangan," katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau.

Antara IPTA yang terjejas banjir ialah Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Sehingga petang tadi, banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak masih membimbangkan apabila lebih 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu 45,467 orang. - Bernama

Tiada ulasan: