Rabu, 17 Disember 2014

Hudud: DAP tiada hak halang Pas


TUNKU ABDUL AZIZ TUNKU ABDUL AZIZ
 
 
SHAH ALAM - DAP tidak mempunyai hak untuk menghalang, sebaliknya perlu menghormati Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, hudud merupakan pegangan dan perjuangan yang telah lama dibawa Pas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.  

“Jika DAP menghalang Pas untuk laksanakan hudud, ia seolah-olah tidak menghormati dan menzalimi Pas selaku rakan dalam pakatan.

“Apa hak DAP untuk mengatakan tidak pada hukum hudud yang ingin dibawa Pas?” katanya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: Sudah 20 tahun Pas tunggu]

Beliau turut menegaskan tiada kesepaduan yang wujud dalam hubungan antara Pas, DAP dan PKR walaupun selepas sudah lama bersama sejak sekian lama.

Menurutnya, kini jelas ketara DAP dan PKR hanya menggunakan Pas untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada Pilihan raya umum yang lalu.

Tiada ulasan: