Roketkini.com
KOTA KINABALU: DAP Sabah mengutuk tindakan politik samseng BN yang menceroboh dan cuba memusnahkan replika Batu Sumpah di negeri itu.
Naib Pengerusi DAP Negeri Chan Foong Hin berkata tindakan pengecut itu menggambarkan bahawa BN takut kepada suara rakyat dan membuktikan mereka bukan lagi entiti politik yang kuat.
“Seorang ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS, komponen BN) telah menyerang pemilik tanah, Ambalas Ambirau di mana Batu Sumpah didirikan di Kampung Mempulut.
“Ahli PBRS bernama Sam Santiri itu bukan saja telah mengganggu kediaman Ambalas, tetapi menumbuk seorang wanita yang sedang minum bersamanya.
“DAP Sabah mengutuk sepenuhnya gangterisme politik ini dan kita juga ingin bertanya apakah PBRS kini sudah menjadi parti ekstrimis seperti Perkasa?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 10 Disember lalu, satu lagi replika Batu Sumpah telah didirikan di Kampung Mempulut, Pensiangan.
Majlis itu disaksikan oleh beberapa pimpinan DAP antaranya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.
Namun semenjak ia didirikan, pemilik tanah saban hari menerima ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab.
Chan turut mendesak PBRS dan BN supaya segera membuat permohonan maaf.
“Tindakan ahli PBRS ini memalukan partinya sendiri.
“DAP Sabah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup,” tegasnya.
Ambalas baru-baru ini telah membuat laporan polis berhubung kelakukan ganas ahli BN itu.
“Soalan yang paling membingungkan kini adalah, apa yang parti-parti komponen BN ni takut sangat dengan replika Batu Sumpah?,” soal Chan. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan