Rabu, 17 Disember 2014

255 kes baru HIV di Sabah

Pada masa kini terdapat 1,691 orang yang hidup dengan HIV.


hiv-aids_3


KOTA KINABALU: Sebanyak 191 kes baru jangkitan human immunodeficiency virus (HIV) dilaporkan di Sabah dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan angka tersebut diramalkan sebanyak 255 kes baru jangkitan HIV pada penghujung tahun ini atau 7.32 kes baru bagi setiap 100,000 penduduk di Sabah.

Ini merupakan antara 1,982kes HIV, 734 AIDS dan 291 kematian yang dilaporkan di Sabah dari tahun 1991 apabila kes pertama dilaporkan sehingga September tahun ini. Pada masa kini terdapat 1,691 orang yang hidup dengan HIV.

Ini didedahkan semasa sambutan Hari AIDS sedunia peringkat kebangsan 2014 dan Kota Kinabalu Mencapai 0 HIV pada 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang diwakili oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh berkata, beliau percaya bahawa Hari AIDS sedunia bukan sahaja dapat memupuk kesedaran tentang penyakit ini yang disebabkan oleh HIV tetapi juga membantu untuk mendapatkan sokongan untuk melawan dan mencegah penyakit ini daripada berjangkit lagi.

“Kerajaan telah memberikan komitmen dan sokongan penuhnya dalam usaha untuk memastikan langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan merangkumi semua lapisan masyarakat dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti skop pengesan, pencegahan jangkitan, rawatan dan sokongan,” kata beliau.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri juga turut menyediakan ujian saringan percuma untuk mereka yang akan berkahwin, mengandung, pesakit HIV di semua hospital kerajaan dan klinik kesihatan.

“Saya menyeru semua orang terutamanya mereka yang terdedah atau berisiko mendapat penyakit HIV untuk pergi mendapatkan ujian saringan percuma. Mereka yang positif perlu mendapatkan rawatan percuma yang disediakan di mana-mana hospital kerajaan dan klinik kesihatan,” kata Musa.

Musa berharap bahawa projek Kota Kinabalu Mencapai 0 HIV pada 2020 yang diketuai oleh Datuk Bandar Abidin Madingkir dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi boleh dilaksanakan seperti yang dirancang dan mencapai objektifnya secara bersepadu dan berkesan.

“Pada bahagian kerajaan Sabah, kami akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan penuh kepada usaha ini,” kata beliau yang menambah bahawa kerjasama dan komitmen oleh semua pihak penting dalam mencapai aspirasi negara yang bebas daripada virus HIV.

‘Getting to Zero’ merupakan tema Hari AIDS Sedunia seperti yang ditetapkan oleh Joint United Nations Programme on HIV and AIDS (UNAIDS) untuk tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Tiada ulasan: