Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Bekas ahli Umno yang kini menyertai DAP, Aspan Alias menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menamakan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri baharu menggantikan dirinya tidak ubah seperti melantik 'diri sendiri'.
"Buat beberapa ketika yang agak lama lagi Taib boleh dikatakan masih Ketua Menteri sambil duduk di Istana sebagai TYT Sarawak.
"Perlantikan Adenan itu samalah sebagai melantik dirinya sendiri kerana
Adenan merupakan seorang yang sangat setia kepada bekas abang iparnya
itu.
"Malahan TSTM (Tan Sri Taib Mahmud) lebih kuat kedudukannya dari
semalam (11 Februari) dan begitulah licik atau cerdiknya orang lama PBB
(Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) ini," petik kata beliau.
Adenan, kata Aspan, dilantik kerana Abdul Taib tidak gemarkan seseorang
yang 'mesra Umno' untuk menggantikan tempat beliau, justeru bekas adik
iparnya merupakan calon yang sesuai kerana kesetiaannya kepada Abdul
Taib, selain mempunyai pengalaman yang luas di peringkat negeri dan
nasional.
Hal ini kerana timbul spekulasi bahawa Putrajaya menginginkan Abang
Johari menggantikan Abdul Taib kerana rapat dengan pemimpin persekutuan
dan disukai Putrajaya.
"Abang Johari sememangnya dianggap sebagai seorang yang 'Umno friendly'
dan secara automatik tidak menjadi pilihan TS Taib untuk menggantikan
beliau," kata Aspan.
Dengan pelantikan Adenan, kata Aspan, ia tidak mengubah landskap
politik negeri tersebut kerana persamaan yang dimiliki Abdul Taib dan
Adenan.
"Sekarang kita boleh menjangkakan yang Sarawak akan berada dalam
keadaan seperti biasa dan ‘business as usual’. Sarawak akan tetap
sebagai sebuah Ahli Persekutuan yang ‘exclusive’ dan tidak mungkin
pengaruh persekutuan akan meresap setidak-tidaknya dalam jangka yang
agak lama.
"TSTM akan terus berpengaruh seperti yang diidamkan oleh Dr Mahathir
kepada kerajaan Persekutuan yang pernah beliau ketuai dahulu sebegitu
lama," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan