Jumaat, 21 Februari 2014

Penghidap HIV, 'Zombie' bantah TPPA

 
MALAYSIAKINI
 
 
Sekumpulan aktivis dengan penampilan “zombie” mengadakan flash mob menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang didakwa bakal menyekat pengguna kepada akses ubat-ubatan.

Turut serta dalam bantahan itu seorang penhidap HIV yang amat bergantung kepada belakan ubat untuk kekal sihat.

Kehadiran orang  'zombie' kira-kira jam 11 pagi tadi di hadapan sebuah pasar raya di ibu kota dengan solekan yang 'menakutkan' itu menarik perhatian orang ramai.

"Zombie ni satu budaya pop. Jadi kita jangka gimik ini berkesan. Ia simbolik, selepas rundingan ubat-ubatan kita menjadi mahal, penyakit merebak.

"Justeru itu, rakyat Malaysia sukar membeli ubat maka jadilah kita macam zombie, hidup tapi melarat dengan penyakit," kata aktivis Rizal Jaafar.

Rizal sendiri bagaimanapun tampil berkata biasa.

Sementara itu, beliau juga mendakwa 95 peratus syarat TPPA sudah dipersetujui dan ia dijangka ditandatangani April ini seiring, jangkaan ketibaan presiden Amerika Syarikat.

Rizal juga menjelaskan, mereka mengadakan bantahan berdekatan pasar raya bagi mengingatkan rakyat, selepas TPPA ditandatangani, kemampuan membeli belah berkurangan.

"(Kita) tak boleh beli belah kerana duit sudah tidak ada, sebab kena beli bekalan ubatan dan menanggung banyak lagi beban TPPA," katanya.

Penghidap HIV: Tak berperi kemanusiaan


Sementara itu, Edward Loh, penghidap HIV yang hadir menyatakan kebimbangannya terhadap kos perubatan jika TPPA berjaya dimaterai.

Selain Loh, isterinya juga menghidap penyakit sama manakala anak mereka masih selamat kerana bergantung kepada ubat generik yang lebih murah.

"Anak-anak kesayangan kami bebas HIV hasil daripada menggunakan ubat-ubatan generik yang lebih murah dan mampu ditanggung.

"Saya benar-benar terkejut dengan berita kesediaan kerajaan Malaysia menerima saranan yang tidak berperikemanusiaan ini," katanya lagi.

Tiada ulasan: