JELAS pada saya, cabaran terbaru kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak, adalah keputusan pilihan raya kecil Dun Kajang yang sudahpun di duga siapa menang. Challenge untuk Najib ialah bagaimana mengurus dan mengendalikan politik dan kerajaan terus segar dalam tahun baharu yang dijangka menghadapi banyak kesukaran. Ditambah pula oleh pemenang pilihan raya kecil Kajang - Anwar Ibrahim - sama ada dia jadi menteri besar atau tidak. Woe betide if Anwar became Menteri Besar.  Padahnya bagi parti pemerintah di pusat  kalau dia Menteri Besar Selangor.

Nafsu atau testosteron politik pembangkang kuat - terlalu kuat. Ada juga bahayanya kalau testosteron terlalu ghairah pada musim bukan pilihan raya umum. Apalagi jika nafsu itu dipamerkan semata-mata kerana ingin diakui pembangkang gagah.

Tindakan dan cita-cita Anwar Ibrahim atau his goal says Speaking, "is understandable but a little careless mistake or one insensitive move, deliberate or otherwise, he makes, could make his political tangle in Selangor worse.”  Maksudnya, satu kesilapan kecil atau tindakan tidak sensitif walaupun tidak disengajakan akan jadi benang politiknya di Selangor lebih kusut dan akan merebak keluar Selangor.

Kerana Anwar seorang political animal sejati, dia (wajar, tidak salah) telah menggunakan kelonggaran yang dibenarkan oleh demokrasi dan peraturan pilihan raya di negara kita untuk  bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Kajang bulan depan setelah incumbent meletakkan jawatan secara mengejut. Najib, Umno/BN dan MCA, terutamanya perlu berfikir di luar kotak minda biasa untuk berlawan dengan political animal yang teruji ini.

Suka-duka, Najib dan Anwar masa Anwar dalam Umno pun sudah seteru politik ketat walaupun kedua bersopan santun di antara satu sama lain. Mereka semenjak itu telah melangsungkan proxy wars.  Sekarang an all-out open wars yakni perang besaran yang terbuka.  Apabila Anwar disingkir masa depan Badawi dan Najib dalam Umno cerah kembali langsung Badawi dan Najib naik takhta politik, satu dipilih sendiri oleh Dr Mahathir dan Najib pula dengan sokongan dan desakan Dr Mahathir dan puaknya.

Problem dihadapi Najib dan BN walaupun kerajaan dan Umno kelihatan kukuh adalah treacherous prospects yakni berkemungkinan wujud sikap khianat; berbahaya terutama sekali tatkala Najib kelihatan selamat. Sebenarnya Najib dan BN harus melawan helah dengan helah.

Pembangkang bukan kuat sangat tetapi dilihat kuat. Majoriti  Melayu Islam, Peribumi bukan Islam menyokong kerajaan. Awasilah pengkhianat dalam gelap; musuh dalam selimut dan dampingilah non- Melayu dan non-Peribumi yang menyokong kerajaan dan berusahalah menambah bilangan mereka ke tahap  pre-2008.

Melihat kepada bilangan pengundi mengikut bangsa (di Dun Kajang) calon BN yang berwibawa, bersih, muka baharu dan berpendidikan tinggi dan bermoral mulia bisa membuat kejutan andainya 30 peratus pengundi Cina, antara 65 -70 peratus pengundi Melayu Islam, Peribumi bukan Islam dan India memilih BN.

Adakah dan sudahkah pengundi Cina percaya kepada kepimpinan baru MCA? Itulah soalan yang terpenting dan cabaran terbaharu kepada MCA. Ramai pengundi masih tidak percaya MCA sudah berubah. Apa lagi tatkala negara menghadapi beberapa masalah yang dirasai oleh rakyat sungguhpun kerajaan cuba dan berusaha sedaya boleh mengurangkan bebanan dan tekanan atas kehidupan harian mereka. Tugas besar Najib adalah mengurangkan kebimbangan masa depan rakyat dan meringankan risau mereka terhadap politik negara yang kelihatan lebih kusut, polarised antara sekarang dan selepas Kajang.

Selagi Anwar bernafas selagi itulah dia akan cuba - apa harga pun dia akan bayar - asalkan dia dapat menduduki Sri Perdana. Kalau dia dan pembangkang berjaya ke Putrajaya satu perkara yang pasti adalah amat sukar, mungkin mustahil bagi Umno/BN kembali memerintah! Tegas seorang timbalan ketua bahagian Umno Kelantan dan seorang ketua Umno di luar Kelantan kepada saya, "apabila Anwar, Lim Kit Siang dan Pas naik, sebuah pemerintahan / kerajaan kombinasi ala Singapura, Iran dan Taliban akan wujud. Then what hope has Umno to regain power.

Umno tidak ada harapan langsung.  Pakatan Rakyat, setelah berkuasa, akan lebih intolerant dan authoritarian dari kerajaan BN. Anwar, Kit Siang dan menteri Pas bukan seperti menteri BN. Mereka ruthless - tidak ada kasihan belas dan committed. Mereka akan mempertahankan kerajaan mereka apa jadi pun. Mereka tidak akan peduli kepada desakan luar dan dalam negeri seperti berlaku di negeri mereka berkuasa dan negara mentor mereka. Percayalah."

Dulu lain, sekarang lain. Apabila Anwar PM atau MB Selangor pun dia akan menjelma seperti tatkala dia “anak emas” Dr Mahathir dan satu ketika de facto PM.  Walaupun sebagai MB Selangor, Anwar mempunyai taring  yang amat bisa; dia , seperti di tegasnya sendiri, akan memberi “a strong leadership.” Saya percaya pada iltizam dan determinationnya. Kalaupun kepimpinannya tidak beri kesenangan pada rakyat dia pasti akan menyusahkan Kerajaan Pusat dan BN to no end. Sekarang pun dia bikin BN pening lalat. Setelah di Shah Alam, Anwar akan memberi BN sakit kepala !

Musuh Umno/BN sebenarnya mereka sendiri. Terang Speaking, “despite that Umno/BN has governed the nation continuously”. Ingat dulu lain, 2014 lain dan masa kemuka amat lain. Melayu Islam, Peribumi bukan Islam pun ingin lihat hasil sokongan mereka bukan janji semata-mata. Mereka pun telah belajar daripada majoriti pengundi Cina- dapat betis mahu paha pula! “Kadang kala lebih baik jadi kera di hutan dari anak di atas riba” tegas seorang peguam muda Umno. Marahnya bukan main lagi kerana banyak “Aku Janji" yang belum ditunaikan. Tambahnya “guruhnya besar tetapi hujan gerimis”

Saya melihat ramai pemimpin Umno/BN, maaf, kurang committed, mereka majoriti syok sendiri; bercakap kepada kelompok sendiri, kepada orangnya sahaja, tidak cuba memikat hati orang luar, mempengaruhi mereka atas pagar dan memujuk muda-mudi yang masih berkecuali. Sama ada setengah pemimpin ini tidak yakin dengan kebolehan sendiri atau kerana bersifat: “aku tak buat pun aku kekal dalam jawatan. Buat apa pusing kepala. Kebas peluang semasa berkuasa.”