Sabtu, 15 Februari 2014

MCM 11 - "Macam Tu" Ke Ketua Menteri Melaka?

KELAB GREENBOC


MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan


Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.

Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.

Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.



Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris. Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.

Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. -TMI

KM Melaka nafi guna dana awam beli nombor plat mewah


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan pemerhati jenayah Mywatch yang mempersoalkan kemungkinan beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam.

Idris sebaliknya berkata, beliau masih "siuman" untuk tidak menggunakan dana awam bagi membuat pembelian tersebut.

"Mana boleh dana awam, gilakah dia? Saya masih siuman," kata Idris kepada The Malaysia Insider.

MyWatch sebelum itu mendakwa pejabat Ketua Menteri Melaka menggunakan RM200,000 bagi tujuan membeli tujuh nombor pendaftaran kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister).

Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.

Antara nombor plat lain yang dibida adalah termasuk MCM 2 hingga MCM 11.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Idris tidak mengiyakan mahupun menafikan pembelian berkenaan.

"Seperti terpamer oleh JPJ," katanya merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan.

Malah, ketika ditanya dakwaan MyWatch sama ada setiausaha sulit, setiausaha politik dan isterinya turut membuat bidaan nombor plat kenderaan, Idris hanya berkata:”Seperti terpamer bukan dakwaan."

Sanjeevan mendakwa, nombor plat MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.

Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.

Nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.
-tmi

ULASAN GB

Sekalipun Idris Haron menafikan penggunakan dana awam untuk membida plat MCM 2 hingga MC 11, namun langkah beliau untuk menggunakan nama isterinya, setiausaha politik dan setiausa sulitnya amat jelas amat tidak beretika.

Perkara pertama ialah tiba-tiba beliau melenting dengan membuat penafian beliau membeli nombor plat kenderaan menggunakan dana awam sedangkan MyWatch baru "mempersoalkan" dari mana sumber kewangan beliau dapat apabila membuat bidaan nombor-nombor plat berkenaan?

Kedua, tiba-tiba juga beliau menyatakan beliau masih "siuman". Tiada siapa pun menuduhnya tidak siuman (gila) - tetapi beliau semacam begitu "terasa" sangat yang langkahnya itu sebagai tidak siuman.

Ketiga untuk tujuan apa nombor plat banyak-banyak itu di bida? Dari MCM 2 hingga MCM 11 - sepuluh plat semua sekali yang kesemuanya bernilai RM200,000?

Keempat, sehingga ke penghujungnya beliau masih tidak menjelaskan sumbe rkawangan dari mana? Dari poket sendiri? Jika benar kenapa perlu guna nama setiausaha-setiausaha?

Ia mengulangi kehidupan membazir dan penyalahgunaan penjawat awam yang diamalkan oleh bekas ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam sebelum ini.

Dan memang pun corak pentadbiran Idris Haron 2 x 5 sahaja dengan Mohd Ali Rustam. Gambar di bawah ini mungkin menjelaskannya dengan lebih baik:


Bukan kita nak mengaibkan Idris Haron tetapi hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan wajah sebenarnya... beliau yang mengaibkan dirinya sendiri!

Dan jika demikianlah Idris Haron, maka tidak mustahil beliau bakal di"alirustam"kan pada pilihanraya akan datang nanti.

Tiada ulasan: