Jumaat, 14 Februari 2014

Kempen lama tak salah, Bersih gesa SPR fokus salah laku

KEADILAN DAILY

tuntutan-bersih
KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihanraya Bebas & Adil (Bersih) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penekanan kepada keperluan mengawal selia dan larangan terhadap salah laku pilihan raya.

“SPR bertanggungjawab untuk memastikan PRK Kajang, seperti mana pilihan raya yang lain untuk bebas daripada rasuah, khianat, ugutan, membeli undi secara terang-terangan, menghasut kebencian terhadap mana-mana kumpulan sosial

“Bersih juga menggsa SPR menggesa parti politik yang terlibat dengan PRK Kajang menghentikan kempen memburuk-burukkan, laporan media yang berat sebelah dan ganas sama ada sebelum atau dalam tempoh berkempen,” kenyataan Bersih dipetik.

Dalam pada itu, Bersih menegaskan kempen tidak rasmi sebelum penamaan calon tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada pengundi kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mempertimbangkan pilihan mereka dan akibat daripada pilihan itu.

Bersih berpendapat tempoh berkempen dilihat sebagai tempoh masa minimum bagi calon dan parti untuk mendekati pengundi selepas penamaan calon.

Ia bukan tempoh masa maksimum untuk menyekat pihak dan calon-calon daripada mendekati pengundi.

“Kempen yang panjang boleh menarik minat pengundi dan meningkatkan jumlah keluar mengundi. Ianya baik untuk demokrasi.

“Kadar keluar mengundi tinggi sebanyak 85% semasa pilihan raya umum ke-13 sebenarnya hasil kempen lima tahun Bersih 2.0 ‘Jom 100′ yang menggesa 100% rakyat keluar mengundi,” tegas kenyataan Bersih.

Tiada ulasan: