Oleh : AFIX REDZUAN
KAJANG,: Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjana pendapatan ekonomi negeri itu akan dikekalkan.
Katanya, perkembangan dan peningkatan ekonomi Selangor jelas menunjukkan prestasi Khalid boleh dibanggakan.
“Kita bangga prestasi ekonomi Selangor di bawah Khalid kerana beliau seorang yang cermat. Kalau orang kata beliau kedekut tetapi itu berlaku kerana membabitkan wang rakyat dan bukan satu kelemahan.
“Sejarah Selangor, pimpinan silih berganti tetapi prestasi ekonominya di bawah Khalid terbaik dalam sejarah negeri ini,” katanya di hadapan hampir 350 penyokong di Taman Mesra, di sini, semalam.
Tegasnya, Abdul Khalid adalah kebanggan Selangor sebagai anak jati dan Menteri Besar yang telus serta tegas menentang rasuah.
Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yang disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula akan bermesyuarat bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi, pada 5 Februari ini.-NFN-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan