Selasa, 4 Februari 2014

Abdul Khalid penting dalam pentadbiran Selangor selepas PRK Kajang- Anwar

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal dalam pasukan pentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, butiran lanjut berkenaan kedudukan Abdul Khalid hanya akan dibincangkan selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi kerusi berkenaan.

“(Kedudukan Abdul Khalid), kita akan uruskan selepas PRK dan peranan Khalid penting berdasarkan rekod kejayaan beliau.
Anwar
“Sama ada kedudukannya sama atau berbeza, saya rasa beliau perlu memainkan peranan untuk membantu Selangor,” katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Anwar menegaskan, sokongan semua pemimpin termasuk Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Abdul Khalid, dan dirinya adalah satu ‘bayangan pasukan’ yang akan mentadbir negeri terkaya di Malaysia selepas selesai PRK Kajang itu.

“Anwar harus menang DUN Kajang dulu … saya perlukan sokongan mereka,” katanya.

Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Abdul Khalid selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasna berkenaan, Lim Chin Cheh meletak jawatan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Tiada ulasan: