Isnin, 13 Januari 2014

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

 MSTAR ONLINE
 
 
KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan meningkat secara mendadak malam Ahad kepada 1,188 orang berbanding 324 pada petang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, pertambahan itu kerana semakin ramai penduduk di Pasir Mas terpaksa dipindahkan berikutan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi tahap bahaya.

Jumlah mangsa yang dipindahkan di Pasir Mas meningkat kepada 979 orang berbanding 37 petang tadi membabitkan empat pusat pemindahan, membabitkan 345 keluarga.

Di Tanah Merah, 209 orang daripada 56 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara.

Sebahagian Pekan Rantau Panjang, yang juga zon bebas cukai, dilapor digenangi air namun pusat perniagaan di situ sehingga petang ini masih dibuka seperti biasa.

Sehingga pukul 9.30 malam ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat naik melepasi bahaya 9 meter kepada 10.42 meter manakala keadaan sungai utama lain dilapor semakin surut berikutan cuaca baik sepanjang hari.

Beberapa jalan alternatif di Rantau Panjang ditutup kepada kenderaan ringan seperti laluan ke Jeli di Lalang Pepuyu. - BERNAMA

Tiada ulasan: