PETALING JAYA: Ahli-ahli PKR Selangor dijadual menghadiri mesyuarat tergempar pada pukul 8 malam, Ahad untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan negeri Selangor.
Topik utama perbincangan adalah mengenai keputusan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menggugurkan timbalan presiden PKR dan ketua PKR Selangor Azmin Ali dari senarai ahli lembaga pengarah PKNS.
Penyokong Azmin mendakwa bahawa langkah itu bertujuan untuk 'mematahkan sayap Azmin' sebelum pemilihan parti akan datang.
Walau bagaimanapun sumber-sumber berkaitan PKNS berkata langkah itu bertujuan mengukuhkan PKNS yang merupakan salah satu konglomerat perniagaan yang terbesar di negeri ini.
Antara isu-isu lain yang dikatakan menjadi agenda utama adalah keputusan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan aset Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan