Isnin, 13 Januari 2014

'Orang luar' tewaskan Boo di Johor

MALAYSIAKINI

 
 
 
Dr Boo Cheng Hau bukan lagi pengerusi DAP Johor apabila dikalahkan oleh Liew Chin Tong, anak Selangor yang baru saja berjinak dalam politik negeri itu.
 
Keputusan pemilihan hari ini menyaksikan Liew di tempat ke-14 daripada 15 anggota jawatankuasa pusat sementara Boo di tempat ke-10.
 
Undang-undang parti menetapkan 15 anggota jawatankuasa pusat itu akan memilih seorang ketua daripada kalangan mereka.
 
Akhirnya, sembilan orang mengundi memilih Liew manakala lima untuk Boo. Satu daripadanya undi rosak.
 
Ini bermaksud, Boo diturunkan kepada anggota jawatankuasa biasa tanpa portfolio, sekurang-kurangnya buat masa ini. Boo memimpin DAP Johor sejak 2005.

Tiada ulasan: