Mohamad Hasan 
 Datuk Seri Mohamad Hasan


SHAH ALAM - Pengguna laman sosial Facebook berharap para menteri dapat mengikut cara Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam berdepan dengan isu kenaikan harga barang.

Melalui sebuah video ucapannya yang berdurasi 5.01 minit pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan itu, Isnin lepas yang disebar di Facebook, Mohamad Hasan menjelaskan soal penarikan subsidi gula dan minyak.

Antara petikan ucapan tersebut menyebut “kalau boleh setiap bulan panggil mesyuarat, beritahu apa yang naik, apa sebab gula naik.

"Kerajaan tarik subsidi, jadi naiklah harganya. Bukan sebab nak elak orang kencing manis," katanya.

Pemilik akaun Facebook, M Suhaimi Alfitri menyebarkan video itu dengan kapsyen yang memuji ucapan tersebut.

"Penjelasan terbaik berhubung harga gula dan petrol naik oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Saya berharap ianya datang dari mulut Datuk Seri Najib Razak atau Tan Sri Muhyidin Yassin tapi tidak," tulisnya.