Selasa, 14 Januari 2014

Dr Mohd Daud Abu Bakar tokoh perdana anugerah Maulldur Rasul 2014

FREE MALAYSIA TODAY

Pasti anugerah ini memberikan motivasi kepada saya 




PUTRAJAYA;Pengerusi Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia Dr Mohd Daud Abu Bakar dinobatkan sebagai penerima Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 1435 Hijrah/2014.

Beliau menerima RM50,000, plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilal Al-Quran.

Mohd Daud, 50, anak kelahiran Alor Setar, Kedah merupakan pengasas Amani Advisors Sdn Bhd iaitu syarikat kewangan Islam dengan beliau turut disenaraikan dalam kelompok 12 orang di dunia yang paling dihormati dalam industri kewangan Islama masa kini.

“Pasti anugerah ini memberikan motivasi kepada saya, keluarga serta rakan sekerja. Kami mempunyai 10 syarikat antarabangsa dan akan meluaskan syarikat yang berasaskan Malaysia ini ke tempat-tempat lain untuk membawa mesej risalah kewangan Islam daripada segi perkhidmatan kewangan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini, hari ini.

Mohd Daud berkata anugerah itu juga adalah satu pengiktirafan kepada sumbangannya dalam bidang usahawan syariah demi menjadikan syariah sebagai bidang kerja yang baharu dalam konteks Malaysia dan global.

Tiada ulasan: