Isnin, 6 Januari 2014

Anwar : Harussani cela peserta himpunan, diam saat rakyat ditindas

SELANGOR KINI

 

PUCHONG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.

4

“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, di sini, semalam.

Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.

“Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat bahawa ia keterlaluan.

“Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, dan Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata, kenyataan itu akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam.

“Nak jatuhkan hukum itu, dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama’, bincang baik-baik terutama dalam isu bughah ini.

“Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabkan kekeliruan di kalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam,” ujarnya.

Tiada ulasan: