Ahad, 3 Februari 2013

Wanita Pakatan sudah sedia untuk gembur Umno BN – Zuraida

Nazar Hashim

SEBERANG JAYA: Wanita Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia untuk melancarkan gerak gempur menentang kebatilan yang menjadi teras perjuangan pimpinan Umno BN, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN turut mengugut rakyat supaya memberi mandat kepada mereka jika mahu pembangunan dilaksanakan.

“Apakah dengan janji jika menang dan jika dapat rampas kembali itu ini, baru hendak laksana pembangunan? Ini membuktikan kerajaan sedia ada tidak telus dan ikhlas dalam menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

lal

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan Kebangkitan Wanita di tapak ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah 1 Februari lalu.

Hadir sama ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Wanita DAP Pusat, Chong Eng dan kepimpinan wanita Pakatan Pulau Pinang.

Sebaliknya, Zuraida berkata, Pakatan yang bakal menerajui kepimpinan negara mempunyai agenda perubahan yang boleh dilaksanakan untuk membawa perubahan positif kepada negara.

“Ia bukan saja memberi peluang dan ruang kepada kepimpinan wanita, malah profesionalisme mereka akan dimaksimum bagi membela nasib rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: