Jumaat, 22 Februari 2013

Umno bawa 4M ke penempatan Orang Asal

M Faqih,


KOTA BHARU: Penduduk Orang Asal dari Gua Musang mendakwa ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 Umno mengumpan 4M kepada mereka.

Pandek Panjang (gambar) dari Pos Hau memberitahu 4M dimaksudkan “makan, minum, muzik dan mabuk” bagi mempengaruhi mereka mengundi BN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, Umno membawa banyak kemungkaran ke penempatan Orang Asal termasuk juga dakwaan ada kaitan dengan kemasukan mubaligh Kristian.

“Mubaligh Kristian juga berkempen supaya mengundi BN. Itulah perkara mungkar yang dibawa masuk ke penempatan kami.

“Orang BN bagi sokongan duit dan mubaligh tersebut minta pengundi Orang Asal mengundi calon Umno,” katanya ketika mendedah perkara itu pada Himpunan Kami Sayang Tok Guru di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Perhimpuunan tersebut dianjurkan sebagai menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Pandek yang beragama Islam juga berkata, kalau betul orang Melayu berjuang untuk membela Islam, mereka perlulah bersama-sama mempertahankan Kelantan dan merampas Putrajaya.

Pada ucapan itu beliau juga menafikan kerajaan negeri merasmpas tanah milik orang Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

“Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak pernah usik pun. Mereka yang keluar televisyen mendakwa tanah Orang Asal dirampas sengaja hendak buat riuh rendah,” ujarnya.

Menurutnya kumpulan tersebut sengaja hendak mengajar penduduk tempatan menjadi samseng, sedangkan kerajaan negeri sentiasa meraikan masyarakat Orang Asli.

Baru-baru ini akhbar melaporkan sekumpulan pemuda Orang Asal berhimpun bagi membantah kerajaan negeri mengambil balik tanah mereka bagi pembangunan ladang di Pos Hendrop.

Tiada ulasan: