Isnin, 11 Februari 2013

Trafik di lebuh raya lancar pagi ini

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR -  Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar pagi ini.

Jurucakap Plus Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan pergerakan trafik di lebuh raya kendalian syarikat itu lancar setakat 10.30 pagi namun beberapa kawasan dilaporkan berlaku sedikit peningkatan pada jumlah kenderaan.
  
Antara kawasan yang dilaporkan trafik sibuk ialah di laluan masuk plaza tol Skudai menuju ke Kuala Lumpur namun pergerakan lalu lintasnya terkawal.
  
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan kenderaan mulai sibuk di plaza tol Port Dickson dan Skudai.
  
LLM di laman twitternya juga melaporkan mengenai aliran trafik yang mulai tinggi dari R&R Seremban ke Seremban pada pukul 10.21 pagi. - Bernama

Tiada ulasan: