Selasa, 12 Februari 2013

Tolak BN: Najib tidak temui tarikh bubar parlimen

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Keupayaan BN untuk menang PRU13 semakin kabur setelah Datuk Seri Najib Tun Razak dimalukan sempena sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang diadakan di padang Kolej Han Chiang semalam apabila hadirin menjawab tidak bersedia untuk BN.

“Nampaknya persembahan rap Korea Gangnam Psy tidak boleh menjadi ubat pelali untuk rakyat menyokong BN,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, rakyat masih tidak menerima BN lagi walaupun Najib menggunakan strategi suap kepada pengundi menjelang pilihanraya.

Sekarang, ujarnya BR1M sedang rancak diberi kepada rakyat untuk kali kedua, setiap pelajar sekolah diberi RM100 manakala pelajar universiti mendapat RM200 duit buku, duit telefon tangan RM250, BR1M kepada orang bujang RM250 dan empat tayar teksi.

Menurutnya, fenomena yang berlaku di Pulau Pinang terhadap Najib sebagai tanda aras BN sudah parah, seolah-olah Umno dihinggapi penyakit kritikal seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

“Keadaan ini menyebabkan tarikh pilihanraya tidak ditemui lagi oleh Najib,” ujarnya

Tiada ulasan: