Jumaat, 15 Februari 2013

Tiada rancangan sabotaj PM: Guan Eng

ANTARA POS.COM

Post Pic

BAYAN LEPAS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan merancang untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Adakah anda bermaksud untuk mengatakan bahawa Najib berkongsi skrip beliau?

“Bagaimana kita tahu apa yang Najib ingin cakap? Jadi, penyokong Pakatan Rakyat jugakah yang terlibat dengan isu Psy tak mahu gaul yee sang bersama PM?” soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Guan Eng mengulas isu berkenaan apabila DAP didakwa sengaja mensabotaj majlis anjuran Barisan Nasional (BN) di Han Chiang College yang menampilkan Psy dengan tarian fenomena seluruh dunia, ‘Oppa Gangnam Style’ sebanyak dua kali.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, serta dua anaknya, pemimpin-pemimpin BN termasuklah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, juga menteri Koh Tsu Koon dan Ng Yen Yen.

Dalam majlis tersebut, orang ramai yang hadir memakai pakaian dengan tiga warna yang berbeza seperti dicadangkan oleh Lim – kuning untuk Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah melambangkan perubahan di mana telah menyebabkan timbul isu majlis anjuran BN itu telah disabotaj.

Bagaimanapun menurut Guan Eng, orang ramai yang hadir dengan memakai pakaian tiga warna itu, termasuk baju Bersih dilihat berlegar-legar di sekitar padang kawasan tersebut manakala, orang ramai yang memakai pakaian berwarna merah adalah ahli-ahli Umno sendiri memandangkan warna itu adalah warna rasmi parti itu.

"Kami tidak menganjurkan mana-mana kumpulan. Jika kita mempunyai wang untuk menganjurkan perkara seperti ini, kita akan menjemput Psy untuk membuat persembahan," kata Lim, yang menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina DAP di Relau.

“Berfikirlah secara logik, jangan menuduh (kami) dengan melulu. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini. Biar orang ramai yang hadir pada hari itu menilainya. Sangat jelas yang rakyat tidak bersedia untuk menerima BN”.

Tiada ulasan: