MSO
PKR dan PAS masing-masing akan menerima seorang anggota baru dari
pasukan keselamatan apabila seorang lagi bekas jeneral dan seorang
bekas pegawai tinggi polis akan menyertai parti berkenaan. Perundingan
untuk mereka menyertai kedua-dua parti itu sudah dijalankan dan hampir
beres.
PAS dijangka akan membuat pengumuman kemasukan bekas pegawai tinggi
polis berkenaan dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa
Agungnya sehari dua lagi. Manakala PKR pula sedang mengadakan rundingan
di peringkat akhir dengan bekas jeneral berkenaan.
Menurut maklumat ibu pejabat PKR, rundingan akhir mengenai penyerataan
bekas jeneral itu akan diadakan lewat petang ini manakala pengumuman
kemasukan itu akan menyusul.
Sebelum ini sekurang-kurang dua pegawai tinggi tentera berpangkat
panglima dan seorang pegawai tinggi polis telah menyertai Pakatan
Rakyat, seorang melalui PKR dan seorang menerusi PAS. Penyertaan anggota
pasukan keselamatan ini memberi suntikan semangat baru untuk PR.
Penyertaan bekas-bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan ini juga
menggambarkan perubahan besar dalam minda mereka terhadap pembangkang
yang mana sebelum ini mereka dipaksa menyokong parti pemerintah tanpa
boleh menyatakan apa-apa bantahan.
Penyertaan pegawai tinggi itu juga menyerlahkan bahawa pembangkang kini
cukup berwibawa dan menjadi pilihan umum untuk menjadi kerajaan
menggantikan Umno dan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan