Sabtu, 9 Februari 2013

Ronnie Liu: 'Jawatan Jefrei sudah lama dilucutkan'

Wartawan Sinar Harian
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu
Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu
 
SHAH ALAM - Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menegaskan bahawa tindakan bekas Pegawai Khasnya, Jefrei Nordin mengumumkan peletakan jawatan sebagai satu penipuan.

Katanya, Ronnie, Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas beliau kerana tidak hadir di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Dia (Jefrei) sudah lama dilucutkan jawatan bukannya letak jawatan, lagipun dia bukan ahli DAP,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, katanya, tindakan Jefrei mengumumkan peletakan jawatannya di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng adalah sekadar meraih publisiti murahan.

“Sebenarnya Jefrei telah disahkan muflis. Sudahlah dua tiga tahun tidak masuk pejabat, tiba-tiba sahaja umumkan letak jawatan dengan alasan kononnya kecewa dengan sikap hipokrit dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pimpinan kerajaan negeri, ini satu penipuan dan mungkin dia telah ‘dibeli’.

“Selain itu, sebelum ini Jefrei sering mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang memfitnah saya dan adu domba dengan pimpinan lain dalam pakatan seperti Pas, sedangkan hubungan saya dengan mereka baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, kata beliau, sekiranya ingin bukti kukuhbahawa Jefrei telah lama dilucutkan jawatan sebagai pegawai khas, boleh merujuk kepada penyata gaji dan elaun, jelas telah beberapa tahun Jefrei tidak dibayar oleh pihaknya.

Tiada ulasan: