KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas
Ke Kelantan (Royalti) akan melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku
Razaleigh Hamzah sebagai penaung sebuah gerakan yang lebih besar iaitu
R-5. Menurut Presiden Royalti atau R, Nazri Deraman berkata, gabungan
yang dikenali sebagai R-5 itu adalah gabungan seluruh rakyat dari
negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak,
Terengganu dan Pahang.
“Sebelum
ini kita bentuk R sebagai Ngo sahaja, kali ini kita akan tubuhkan
gerakan yang lebih besar. Jika di peringkat luar negara dikenali
sebagai Opec,” katanya dalam sidang media di hadapan bangunan KLCC
tengah hari tadi.
Nazri
berkata, Tengku Razaleigh turut bersetuju dengan cadangan untuk
menubuhkan R-5 dan akan mempertimbangkan secara mendalam untuk
menyertainya.
Jelasnya, R
telah mengadakan perbincangan hampir tiga jam bersama Tengku Razaleigh
yang juga Ahli Parlimen Gua Musang di kediamannya di Langgak Golf di
sini, semalam.
Sehubungan
itu, Nazri turut menjelaskan Petronas masih gagal memberi maklum balas
terhadap memorandum dan surat yang telah dihantar pada 10 Januari
sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat lepas.
Antara
kandungan memorandum yang diserahkan kepada CEO Petronas, iaitu
tuntutan royalti terhadap negeri pengeluar minyak khususnya Kelantan
yang tertunggak sebanyak RM12 bilion, mendesak agar Petronas buat
bayaran tunai kepada negeri pengeluar minyak seperti mana dalam
perjanjian.
Malangnya,
kata beliau, pada 3 November 2013 Petronas telah menjelaskan royalti
kepada kerajaan negeri melalui kerajaan Persekutuan.
“Ini
menunjukkan Petronas engkar dengan perjanjian yang ditandatangani pada 9
Mei 1975, sepatutnya Petronas membayar terus kepada negeri pengeluar
minyak. Kita minta dia bayar terus ke negeri terbabit termasuklah
Kelantan,” katanya.
R juga,
ujarnya meminta Perdana Menteri memberi maklumat tepat terhadap
pertindihan telaga minyak di lokasi Medan Bertam PM307 antara negeri
Pahang dan Terengganu.
“Hasil
kajian yang dibuat oleh R lokasi PM307 itu adalah milik negeri
Terengganu, Petronas harus nyatakan maklumat dengan tepat kepada
rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan