Khamis, 7 Februari 2013

Ramah Mesra MB-PEKIDA Jadi Medan Hasutan Dan Fitnah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/Pekida.jpg 
Skuad BO 

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said telah menjadika perjumpaan ramah mesra bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) cabang Kuala Terengganu sebagai satu majlis politik dan penyebaran fitnah.

Pada majlis tersebut yang diadakan pada Isnin 4 Februari, berlangsung di Dewan Besar Wisma Darul Iman, sebuah buku dan CD berunsur 'hasutan' telah diedarkan kepada para peserta.

Skuad BO yang turut sama dalam Majlis itu melaporkan, Ahmad Said juga mengambil kesempatan 'menagih simpati dan melancarkan kempen' serta cuba meraih sokongan bagi mengahadapi pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir.

Salah seorang yang berpangkat Paduka Ayahanda yang ditemui mendakwa, PEKIDA yang asal penubuhannya bagi mengimbangi kongsi gelap, kini dimanupulasi oleh pemimpin Umno sebagai perisai dan benteng.

[Gambar kanan bawah - dua buah buku berunsur hasuta dan fitnah yang diedarkan dalam majlis ramah mesar MB-Pekida]
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/pekida.png"PEKIDA yang asal penubuhannya pada tahun 1983 itu dikatakan adalah untuk mengimbangi pengaruh 'kongsi gelap' walaupun begitu ramai yang maklum kini,

"bahawa objektif tersirat pada asal kelahirannya (dimanupulasikan) semata mata sebagai perisai dan benteng kepada Umno,"ujarnya yang tidak mahu dikenali.

Majlis tersebut juga telah dijadikan 'platform' untuk memburuk-burukkan parti-parti pembangkang dengan tayangan video yang berunsur hasutan dan Ahmad Said juga telah 'memberi umpan' kwangan sebanyak RM50,000.

"Umno menggunakan peluang dengan sebaik mungkin untuk menambat hati dan menghasut ahli-ahli PEKIDA supaya menyokong dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Peruntukan sebanyak RM50 ribu diumpankan sebagai tanda ikat taat setia dalam memastikan kemenangan kepada umno,"ujar Paduka Ayahanda itu lagi

Namun demikian, menurutnya,  sudah ramai dikalangan ahli PEKIDA yang telah sedar dan muak dengan janji-janji manis Umno, kononnya mahu membela bangsa Melayu dan agama Islam.

Beliau menyeru supaya semua ahli-ahl PEKIDA bersatu dan berjuang bersama pihak yang benar-benar mahu memartabatkan Islam sebagai jalan kehidupan demi merealisasikan nama murni pertubuhan PEKIDA dan juga memperjuangkan moto murni "Amar maaruf, Nahi mungkar"

Tiada ulasan: