Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: AJK
PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan
raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya
menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno
nazak untuk menghadapi PRU13.
"Umno hanya bergantung kepada undi Melayu.
“Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud.
“Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam,” katanya.
Tambahnya, adakah mereka tidak tahu kenyataan biadab pemimpin MCA seperti Chua Soi Lek yang menghina Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki sewaktu pilihan raya kecil Tenang.
Katanya lagi, Presiden MCA itu juga yang mengatakan Datuk Ayub, Adun Kemelah Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud.
Tetapi, ujarnya ustaz Umno membisu dan kaku ketika Islam dihina oleh rakan sekutu Umno dan juga penghinaan hukum Islam oleh pemimpin Umno.
“Apakah ustaz ini kurang vitamin sehingga rabun mata sehingga tidak nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sejawat Umno?” tanya beliau.
Andaian kedua, ujarnya mereka itu golongan yang telah memalingkan diri daripada Allah sehingga Allah memalingkan hati mereka.
Menurutnya, walaupun mereka ada ilmu tetapi ilmu yang tidak menyuluh kebenaran hidup sehingga mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada disiplin ilmu.
“Mereka sanggup membeli dunia dengan menjual agama dan maruah untuk keuntungan sementara,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan