KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat Kedah berikrar akan menyumbangkan 15 kerusi kawasan
parlimen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan
persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Naib Presiden PAS
Datuk Mahfuz Omar berkata jentera ketiga-tiga parti di negeri itu
komited untuk menjadikan 15 kerusi dari negeri itu sebagai penyumbang
pertama Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
“Atas
nama PAS dan Pakatan Rakyat, kita berikrar 15 kerusi Kedah adalah
penyumbang pertama pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan
raya nanti,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya,
Pakatan Rakyat negeri ini dijangka mampu mengekalkan 11 kerusi
parlimen yang dimenangi pada PRU 2008 lalu dan yakin menambah empat
lagi kerusi yang kini dikuasai BN.
“Seluruh
jentera Pakatan Rakyat kini sedang berkerja ke arah itu iaitu untuk
mendapatkan 15 kerusi parlimen bagi membantu Pakata Rakyat ke
Putrajaya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sebelum
ini beliau yang juga pernah melontarkan ikrar tersebut ketika
berceramah di hadapan 50 ribu hadirin ketika Karnival Kedah Sejahtera
Peringkat Pokok Sena 31 Januari lalu.
Turut
serta dalam ceramah itu sebelum ini termasuk Presiden PAS Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
serta Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Razak.
Pada PRU
2008 lalu, Pakatan Rakyat Kedah telah menguasai 11 daripada 15 kerusi
parlimen di negeri itu dengan enam kerusi dimenangi PAS dan lima lagi
oleh PKR.
Kerusi yang dimenangi PAS adalah Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Jerai, Sik dan Baling.
PKR pula
menang di Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai serta Kulim
Bandar Baharu manakala BN pula menang di empat kerusi iaitu Langkawi,
Jerlun Kubang Pasu dan Alor Setar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan