Jumaat, 22 Februari 2013

PI Bala kembali untuk bantu Pakatan dalam PRU 13, kata peguam


KUALA LUMPUR — Keputusan P Balasubramaniam untuk kembali ke Malaysia hujung minggu ini untuk menetap secara terus adalah untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya 2013, kata peguamnya Americk Singh Sidhu hari ini. 
Peguam itu berkata Balasubramaniam atau “PI Bala” (gambar), yang terkenal berikutan pendedahannya tentang pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, dan membuat keputusan untuk keluar dari persembunyian dan menyertai kempen pilihan raya PR.

“Beliau mahu membantu kempen untuk pembangkang,” kata Americk kepada The Malaysian Insider mengenai kepulangan semula Balasubramaniam.

“Beliau mahu bersama-sama rakyat Malaysia untuk memastikan perubahan dalam kerajaan, yang lama ditunggu-tunggu,” katanya lagi.

Dalam temubual email eksklusif disiarkan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam mengesahkan beliau akan pulang Ahad ini dan berharap PR akan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

Tetapi Americk bimbang tentang keselamatan Balasubramaniam, dan berkata pihak imigresen tidak menyekat beliau untuk masuk ke negara ini.

“Mereka mungkin akan menghantar beliau ke Australia, mungkin?” kata peguam tersebut dengan nada bergurau, merujuk kepada pengusiran senator Australia Nick Xenophon yang diusir pulang kerana dianggap sebagai “ancaman keselamatan” kepada Malaysia.

“Tetapi saya fikir ia seharusnya tidak ada masalah. Beliau (Balasubramaniam) adalah warganegara Malaysia, mempunyai pasport Malaysia dan hanya mahu pulang ke negaranya.

“Beliau bukan penjenayah atau bankrap, beliau cuma rakyat biasa yang mempunyai hak untuk berada di negara ini,” katanya lagi.

Apabila ditanya sama ada timbul kebimbangan keselamatan Balasubramaniam di tempat awam, Americk berkata tidak ada sebab untuk beliau bergerak secara bebas.

“Saya tak fikir sesiapa akan menyerangnya. Dia tak menyakiti sesiapa,” katanya lagi.

Beliau mengesahkan Balasubramaniam akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang Ahad ini.

Bekas penyiasat peribadi itu mula mendapat perhatian pada 2008 selepas dakwaan beliau terhadap beberapa personaliti tertinggi kerajaan persekutuan dalam akuan bersumpah (SD) terhadap pembunuhan Altantuya.

Tetapi apabila beliau menarik semula SD keesokan harinya dan menandatanganinya dimana nama-nama yang disebut dibuang, dan beliau di dalam konflik menyebabkan beliau terpaksa keluar dari negara ini.

Setahun kemudian, beliau muncul dan mendakwa SD kedua ditandatangani dalam keadaan dipaksa dan tanpa pengetahuan beliau tentang isi kandungnya.

Nama Balasubramaniam sekali lagi disebut apabila Deepak Jaikishan, peniaga permaidani kontroversi mengakui tentang perubahan SD kedua.

Deepak muncul di khalayak ramai mendedahkan peranan beliau, dan mengakui terlibat dalam mencari dua orang peguam untuk menulis SD kedua.

Beliau menamakan peguam yang didakwa sebagai Tan Sri Cecil Abraham, semasa temubual bersama akhbar parti PAS, Harakah, menyebabkan Majlis Peguam menjalankan penyiasatan sama ada peguam tersebut terlibat dalam menulis SD kedua itu.

Awal bulan ini, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengesahkan Deepak enggan membantu siasatan, walaupun untuk mendedahkan nama peguam tersebut.

“Adalah malang sekali walaupun kita meminta pertolongan, Deepak Jaikishan tidak mahu membantu dalam semua pertanyaan kita sehingga 16 Mac 2013 dan sehingga kini tiada seorang pun yang mahu membantu kami menyiasat dan memberi fakta relevan mengenai isu tersebut.

“Apabila dihubungi di telefon, Lim berkata Deepak hanya berkata “hanya mahu berurusan dengan presiden Majlis Peguam baru” yang akan memegang jawatan tersebut pada 16 Mac.

Tiada ulasan: